Justin Bieber Bakal Lancar Album Baharu Pada 2020

Berita baik buat kelab peminat Justin Bieber iaitu Belieber!

Penyanyi terkenal itu membuat pengumuman menerusi laman Instagramnya bahawa beliau bakal lancarkan lagu dan album terbaharunya pada awal tahun hadapan.

ET melaporkan, Justin juga merancang untuk menerbitkan sebuah dokumentari khas dan konsert jelajah yang bakal bermula di Washington, Amerika Syarikat pada Mei 2020.

View this post on Instagram

December 24, December 31, January 3 … #2020

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Penyanyi itu turut berkata, “Album yang bakal dilancarkan ini berbeza daripada sebelumnya kerana ia menceritakan tentang fasa dan perjalanan hidup saya sekarang.”

Berita baik ini membuatkan peminat teruja dan tidak sabar untuk mendengar lagu terbaharu daripada penyanyi lagu Love Yourself ini pada tahun hadapan.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Justin Bieber, anda boleh klik pautan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca