Justin Bieber Akui Hidap Penyakit Lyme

Siapa sahaja yang tidak kenal Justin Bieber? Namun, penyanyi itu mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap penyakit Lyme.

Penyanyi itu mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/B7EnV5VHEYp/

Justin turut berkata, “Beberapa tahun kebelakangan ini amat sukar, tetapi rawatan yang betul akan membantu saya menjadi lebih sihat.”

Justin berkata bahawa ramai yang tidak sedar bahawa penampilan terbaharunya itu adalah kerana beliau menghidap penyakit berkenaan.

Namun, dia akan menceritakan perjuangannya dalam melawan penyakit yang tidak mempunyai penawar itu menerusi satu dokumentari di laman YouTube yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal itu turut membidas kritikan pihak yang menyifatkan penampilannya seperti individu di bawah pengaruh dadah.

Jelasnya, “Mereka tidak tahu saya disahkan menghidap penyakit Lyme. Ia memberi kesan kepada kulit, tenaga dan tahap kesihatan saya.”

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai artis antarabangsa, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca