Juruterbang Maut, Pesawat Bawa Ujian Pengesanan COVID-19 Ke Indonesia Terhempas

Seorang juruterbang Amerika Syarikat maut di dalam nahas pesawat terhempas ketika perjalanan ke sebuah kampung terpencil di Indonesia. Joyce Lin yang berusia 40 tahun itu berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Sentani, di daerah Papua.

Pesawat yang dibawanya itu dikatakan tidak berfungsi ketika dalam misi menghantar ujian pengesanan atau rapid test kit untuk COVID-19. Difahamkan, beliau dalam percubaan terbang ke Mamit, di dataran Papua bagi membawa peralatan ujian ke klinik tempatan.

Dalam masa beberapa minit selepas berlepas, dia melaporkan berada dalam situasi kecemasan. Pesawat itu jatuh ke Danau Sentani dan penyelam mengesahkan bahawa dia tidak dapat bertahan. Menurut laporan, dia merupakan satu-satunya individu yang menaiki pesawat itu.

Mission Aviation Fellowship (MAF) mengatakan kini mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyiasat kejadian yang berlaku. Joyce Lin telah bekerja di Indonesia selama dua tahun dan bergabung dengan MAF selama lebih satu dekad sebagai pakar komputer.

Dia juga mempunyai kelulusan dari Massachusetts Institute of Technology di mana dia mendapat ijazah sarjana dan sarjana muda, sebelum mendaftar di Gordon-Conwell Theological Seminary dan lulus pada tahun 2017.

Untuk makluman, Indonesia kini merekodkan lebih daripada 15,000 kes COVID-19 dengan lebih 1,000 kematian seterusnya menjadikan ia jumlah kematian tertinggi bagi mana-mana negara Asia Timur selain China.

Negara ini menyaksikan peningkatan drastik walaupun tidak melaporkan sebarang kes sehingga bulan Mac.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan pesawat terhempas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca