Jururawat Ganti Vaksin COVID-19 Dengan Air Garam, Lebih 8,500 Didakwa Terima Suntikan Palsu

Hampir 8,557 orang di Jerman telah dipanggil untuk menerima suntikan COVID-19 tambahan setelah seorang jururawat disuspek menyuntik larutan air garam kepada mereka.

Walaupun larutan air garam tidak membahayakan, majoriti yang terkesan adalah warga emas yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Pihak polis melaporkan bahawa jururawat tersebut agak lantang bersuara tentang pandangannya terhadap vaksin di media sosial.

Meskipun demikian, motif sebenarnya masih belum diketahui.

Jururawat berkenaan juga sering berkongsikan hantaran-hantaran yang mengkritik arahan-arahan kerajaan tentang pandemik di media sosialnya.

Insiden tersebut berlaku di sebuah pusat vaksinasi di Friesland, sebuah kawasan luar bandar di Jerman Utara, tempat jururawat itu bertugas.

Dia dikatakan diberikan tanggungjawab untuk menyediakan picagari vaksin.

Pada asalnya, pihak berkuasa hanya melakukan siasatan terhadap dakwaan bahawa jururawat tersebut telah menukar satu botol vaksin dengan larutan air garam.

Namun begitu, pihak polis kemudiannya berkata, terdapat kemungkinan bahawa jururawat itu telah menggantikan lebih satu botol dalam masa beberapa minggu.

Mereka telah memanggil semula semua orang yang menerima suntikan vaksin daripada jururawat tersebut untuk diberikan suntikan baru sebagai langkah berhati-hati.

The New York Times melaporkan bahawa pihak beruasa masih belum memberitahu sama ada jururawat berkenaan akan didakwa di bawah kesalahan jenayah.

Difahamkan, seorang wartawan Jerman mengatakan bahawa kes tersebut telah diambil alih oleh sebuah unit khas yang menyiasat jenayah yang berunsurkan politik.

Peguam yang mewakili jururawat tersebut memberitahu pihak media Jerman bahawa dia hanya menukar satu botol vaksin sahaja.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca