Jurnalis Gaza Disekat Dari WhatsApp Selepas Gencatan Senjata

Hampir 17 orang jurnalis di Gaza, Palestin mengadu bahawa akaun WhatsApp mereka telah disekat beberapa jam selepas Israel dan Hamas bersetuju untuk melancarkan gencatan senjata minggu lepas.

Associated Press melaporkan bahawa mereka menghubungi sekurang-kurangnya 17 orang jurnalis Gaza yang mengaku bahawa mereka tidak dapat mengakses aplikasi WhatsApp sejak seminggu yang lalu.

Mereka bimbang kerana WhatsApp merupakan salah satu sumber komunikasi utama mereka untuk mendapatkan maklumat dan informasi dari editor dan sumber-sumber mereka di kawasan perang tersebut.

Belasan orang jurnalis itu memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mengakses WhatsApp sejak Jumaat minggu lalu.

Sehingga pada hari Isnin (24 Mei), hanya empat orang sahaja yang akhirnya boleh mengakses aplikasi komunikasi tersebut.

Sekurang-kurangnya 12 dari 17 orang wartawan tersebut telah dimasukkan dalam grup perbualan untuk berbagi informasi mengenai operasi tentera Hamas.

Hassan Slaieh, salah satu jurnalis yang turut terkesan, menduga bahawa akaunnya disekat kerana telah memasuki sebuah grup perbualan bernama Hamas Media.

Hal tersebut telah memberi dampak kepada pekerjaannya kerana dia telah kehilangan kontak dengan sumber serta orang-orang lain.

Hamas sendiri merupakan kumpulan Palestin yang menguasai Gaza. Mereka dilabel sebagai organisasi teroris oleh Israel dan Amerika Syarikat, di mana perusahaan WhatsApp dan Facebook bertapak.

Seorang jurucakap WhatsApp mengatakan bahawa mereka menyekat akaun-akaun WhatsApp itu atas dasar polisi “mencegah kekerasan dan sesuai dengan aturan.”

WhatsApp juga mengaku sudah berkoordinasi dengan pihak media selama seminggu mengenai keputusan tersebut.

WhatsApp menyatakan bahawa mereka akan memberikan semula akses tersebut kepada para jurnalis jika mereka terkesan dengan dasar polisi tersebut.

Dua wartawan dari Agence Frane-Presse (AFP) juga menjelaskan bahawa mereka sudah berhubung dengan pihak WhatsApp agar akaun mereka tidak lagi disekat.

Kebelakangan ini, laporan mengenai grup-grup WhatsApp yang digunakan untuk memicu kekerasan dikatakan kerap sekali muncul.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca