Juri Perhalusi Keterangan Yang Dikemukakan Dalam Kes Johnny Depp Dan Amber Heard

Barisan juri kes saman fitnah pelakon, Johnny Depp, 58, terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, dilaporkan sedang menimbang dan membincangkan keterangan direkodkan sepanjang enam minggu perbicaraan membabitkan pelbagai saksi termasuk bintang terkenal Hollywood.

Agensi melaporkan, peguam bela mewakili Depp dan Heard masing-masing selesai memberi hujah penutup di Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Virginia, Jumaat lalu, (semalam waktu Malaysia) dengan juri diberi masa untuk berbincang dan membahaskan semua keterangan sebelum membuat keputusan.

Namun, difahamkan, berikutan hujung minggu dan pelepasan Memorial Day, kemungkinan juri menyambung perbincangan dan membuat keputusan, minggu depan, lapor agensi.

Sebelum ini, dilaporkan, perbicaraan kes saman Depp terhadap Heard ditetapkan berakhir pada 19 Mei lalu.

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Prosiding kes disiarkan menerusi penstriman langsung di saluran Sky News, Law & Crime Network dan Court TV. Selain itu, prosiding disiarkan menerusi laman sesawang ketiga-tiga saluran berkenaan.

Menurut laporan daripada Presiden Law & Crime Network, sembilan juta penonton menyaksikan perbicaraan kes ini, setiap hari.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca