Junk food atau makanan ringan memang banyak dilihat di mana-mana kedai serbaneka di seluruh dunia. Dengan harga yang murah, tidak hairanlah mengapa sesetengah manusia memilih untuk mengisi perut mereka dengan snek ini. Namun begitu, terdapat beberapa kesan negatif yang pertu diketahui sekiranya mengambil hidangan ini secara berlebihan seperti peningkatan kadar kolestrol dalam darah.
Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang boleh diklasifikasikan sebagai junk food yang memudaratkan kesihatan.
1. Burger daging
Mengandungi empat gram lemak tulen. Satu hidangan burger daging membekalkan protein, zat besi dan vitamin B12. Walaupun begitu, burger daging mempunyai banyak bahan kimia yang dijadikan penambah perisa.
2. Ayam goreng
Hidangan ini sangat kaya dengan lemak yakni hampir 60 peratus kalori boleh didapati daripada kandungan lemak. Meskipun membekalkan protein dan vitamin B6, tepung salutan hidangan ini mengandungi MSG, garam dan pewarna kimia yang tinggi.
3. Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Namun begitu, setelah digoreng, ia mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi.
4. Susu kocak
Susu ini bercampur dengan udara dan air. Proses pembuatannya memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia.
5. Minuman berkarbonat
Amat kaya dengan gula. Satu botol besar minuman ini mengandungi 14 sudu teh gul, pewarna kimia dan kafein.
6. Garam
Secara purata, seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh garam sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi.
Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk hidup yang lebih sihat.
Penulis
• Muhammad Badrul Amin Bin Kamarudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan
Animasi.