Jungkook BTS Bintang K-Pop Paling Dicari Di Google Untuk Separuh Pertama 2020

Kumpulan ikonik K-Pop, BTS terus mencipta fenomena antarabangsa apabila salah seorang anggota mereka iaitu Jungkook merupakan individu yang paling dicari menerusi laman web Google untuk separuh pertama 2020.

Memetik laporan allkpop, Jungkook merupakan penyanyi idola yang mendapat carian tertinggi di laman Google berdasarkan data daripada laman web terkenal dunia itu.

Untuk pengetahuan anda, anggota termuda kumpulan BTS itu menduduki tangga pertama sepanjang 22 minggu di laman tersebut.

Sumber: Twitter @kookpics

Selain daripada Jungkook, terdapat tiga anggota BTS lain dalam senarai berkenaan. Tempat kedua adalah V diikuti oleh Jimin dan Suga di tangga ketiga dan keempat. Tempat kelima pula diduduki oleh Lisa yang merupakan ahli termuda kumpulan Blackpink.

Sumber: allkpop

Dalam pada itu, anggota termuda kumpulan BTS ini turut menjadi penyanyi pertama di dunia yang memperoleh lebih daripada 10 bilion tontonan di aplikasi TikTok.

Ini bukanlah kali pertama nama Jungkook menjadi bualan ramai di media sosial.

Penyanyi itu pernah memecah rekod Twitter sebelum ini apabila dia menjadi satu-satunya artis menerima lebih daripada dua juta tanda sukaan untuk lima ciapan yang dimuat naik olehnya di laman tersebut.

Jungkook juga merupakan individu paling dicari di laman YouTube sepanjang tahun ini. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Jungkook untuk kejayaan tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Jungkook, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca