Jumpa Syiling Emas Lama Bawah Rumah, Pasangan Suami Isteri Ini Dapat Durian Runtuh

Sepasang suami isteri di United Kingdom menerima durian runtuh selepas menemui syiling-syiling emas besar yang bersembunyi di bawah papan lantai dapur semasa melakukan pengubahsuaian rumah mereka di Yorkshire Utara.

Pasangan itu dipercayai telah menetap di rumah itu selama 10 tahun.

Memetik laporan Global News, pasangan itu menemui secawan syiling emas rare bernilai kira-kira £250,000 (RM1,286,953) ditanam di bawah dapur mereka.

Cawan itu dipercayai mengandungi lebih 260 syiling emas bertarikh dari tahun 1610 sehingga 1727 di dalamnya.

Pelelong Spink & Son berkata kebanyakan syiling itu mempunyai jumlah anggaran £150,000 (RM773,007) dalam kuasa berbelanja.

Sumber: Global News

“Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan dan benar-benar tidak dijangka dari lokasi pencarian yang sederhana.

Penemuan lebih daripada 260 syiling ini merupakan salah satu yang terbesar dalam rekod arkeologi dari Britain dan ia memang dari abad ke-18,” ujarnya.

The Times melaporkan pasangan suami isteri itu membuat penemuan berkenaan pada Julai 2019.

Pada mulanya, mereka menyangka terlanggar kabel elektrik.

Walau bagaimanapun, mereka menemui cawan berisi syiling-syiling emas itu selepas menolak papan-papan lantai dan konkrit.

Media tempatan mendakwa syiling-syiling itu adalah milik Fernley-Maisters iaitu sebuah keluarga pedagang kaya dan berpengaruh dari Hull yang berdagang bijih besi, arang dan kayu balak sebelum menjadi penggubal undang-undang pada awal 1700-an.

Syiling-syiling itu akan dilelong pada 7 Oktober ini dan ia dipercayai akan dilelong secara individu.

Pada pendapat anda, apakah nilai sebenar syiling-syiling emas berkenaan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca