Jumpa Lebih 100 Tulang Wanita Muda Dalam Kolam, Polis Berkas Pembunuh Peti Besi

Anak kepada seorang pembunuh kini diberkas pihak berkuasa Thailand selepas mereka menemui ratusan tulang manusia milik wanita muda di dalam sebuah kolam.

Waris hartawan kaya, Apichai Ongwisit, 40, ditahan polis di Bangkok, Thailand selepas mayat bekas teman wanitanya, Warinthorn Chaiyachet, 22, ditemui di dalam kolam enam bulan selepas gadis itu dilaporkan hilang.

Ketika ditemui, jasad Warinthorn atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kik sudah melalui proses pereputan. Namun begitu, identitinya berjaya dikenal pasti melalui tatu ikan yang memenuhi belakang badannya.

Selain jasad mereput milik Kik, pihak berkuasa Thailand turut menemui 298 tulang manusia lain sekali gus menjadikan jumlah mangsa waris hartawan itu lebih daripada dua orang.

Menurut laporan, mayat Kik dipercayai ditenggelamkan ke dasar kolam berkenaan dengan menggunakan sebuah objek besi yang besar, beberapa dumbel dan rantai besi.

Semasa kejadian, Apichai yang kini digelar Pembunuh Peti Besi oleh media Thailand dipercayai telah memaksa Kik untuk tidur di dalam sebuah peti yang diperbuat daripada besi. Motif perkara terbabit dilakukan adalah kerana Apichai terlalu risau sekiranya Kik meninggalkannya.

Setelah itu, pihak polis mendedahkan Apichai telah melemaskan Kik sebelum membuang gadis itu ke dalam kolam di mana mayatnya ditemui pada 9 Januari lalu.

Menurut Kolonel Polis Jirakrit Jarunpat, pihak berkuasa kini bercadang untuk mengeringkan kolam berkenaan bagi memudahkan proses penyiasatan dan penemuan tulang mangsa-mangsa lain.

“Siasatan lanjut mendapati terdapat beberapa wanita yang terlibat dengan suspek (Apichai) telah dilaporkan hilang. Sesetengah daripadanya merupakan kenalan, teman wanita serta pelacur yang pernah dilangganinya,” katanya.

“Kamu sudah menemui 298 tulang di dalam kolam itu setakat ini tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai manusia yang terlibat,” tambahnya.

Jasad Kik dan tulang manusia lain dilaporkan sudah dipindahkan ke Hospital Siriraj untuk pemeriksaan lanjut.

Sebelum ini, keluarga Apichai pernah terpalit dengan kontroversi jenayah. Bapanya, Chalermchai Onkvisit yang merupakan pemilik sebuah pasar di ibu kota dituduh atas kesalahan membunuh dan mengerat mayat seorang gadis berusia 15 tahun pada tahun 1983. Beliau walau bagaimanapun, ditembak mati tidak lama kemudian.

Bagi ibu Apichai pula, wanita itu pernah dituduh merupakan dalang di sebalik kejadian jenayah yang dilakukan suaminya. Dek kerana tidak tahan difitnah, dia mengambil keputusan berpindah dari Thailand bersama adik bongsu Apichai.

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah yang berlaku di Asia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca