Jumpa Kelawar Dalam Sup Yang Sudah Separuh Dimakan, Keluarga Ini Terus Buat Ujian Swab COVID-19

Ketika di awal penularan wabak COVID-19, seluruh dunia kecoh mendakwa bahawa ia berpunca daripada kelawar yang menjadi makanan bagi penduduk di Wuhan, China. Dakwaan itu sekali gus menyaksikan kesemua pasar yang menjual haiwan berkenaan diarahkan untuk hentikan operasi jualan dengan serta-merta.

Selepas kira-kira tujuh bulan pandemik COVID-19 melanda dunia, baru-baru ini kecoh apabila sebuah keluarga yang tinggal di Wuhan bergegas ke hospital untuk menjalani ujian swab COVID-19 selepas mendapati sup khinzir yang dibeli mereka mengandungi kelawar.

Sumber: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, sup khinzir yang dipesan dari sebuah restoran di daerah itu telah dicemari dengan mamalia berkenaan di mana sayap dan tubuhnya dilihat berada dalam keadaan mengerekot.

Terkejut dengan apa yang ditemukan dalam sup yang sudah separuh selamat dimakan itu, mereka sekeluarga bergegas ke hospital bagi membuat ujian COVID-19.

Keputusan ujian itu bagaimanapun menunjukkan bahawa mereka negatif wabak berkenaan.

Menurut ketua keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, dia langsung tidak sedar akan kewujudan bangkai kelawar berkenaan semasa sedang menikmati sup itu.

Sumber: Daily Mail

“Bila saya nak panaskan ia semula dan mencedok sedikit, tiba-tiba saya nampak satu benda hitam. Ia merupakan bangkai anak kelawar,” cerita Chen.

“Saya angkat guna penyepit dan nampak ia ada sayap dan telinga serta berbulu,” katanya.

Keluarga ini bagaimanapun tidak tahu bagaimana haiwan tersebut boleh berada di dalam sup mereka dan pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap restoran yang menyediakan sup berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca