Jumpa Burung Bersarang Atas Mercedes, Kerabat Diraja Ini Letak Kon Agar Ia Tidak Diganggu

Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan kisah kekejaman terhadap haiwan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kejadian sebegini sekali gus mengundang amarah dan rasa kecewa orang ramai terutama sekali pencinta haiwan.

Namun begitu, apa yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini jelas berbeza.

Sumber: Masala!

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum menerusi satu perkongsian di Instagram Stories milik beliau pada pagi Isnin menunjukkan satu ‘penemuan’ yang tidak disangka.

Dalam perkongsian itu, kelihatan seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta beliau.

Rasa kasih pada makhluk Tuhan yang ‘tumpang’ bersarang di cermin kereta milik beliau itu membuatkan beliau memilih untuk membiarkan sahaja haiwan berkenaan berada di situ.

Malah, beliau turut meletakkan kon di sekeliling SUV Mercedes-AMG G63 itu agar burung tersebut tidak diganggu.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak membenarkan mana-mana kakitangan untuk menghampiri kenderaan itu supaya haiwan tersebut tidak berasa terancam.

Golongan kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) sememangnya dikenali dengan sikap pemurah, prihatin dan penyanyang.

Pada Jun lalu, media tempatan melaporkan bahawa Sheikh Hamdan kembali ke sebuah fasiliti perubatan hanya untuk bergambar bersama seorang kakitangan yang terlepas peluang bergambar bersama beliau dalam sesi lawatan sebelum itu.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca