Jumpa 19 Bangkai Kucing, Wanita Ini Dedah Rumah Paling Kotor Pernah Dibersihkannya

Sepasang suami isteri yang bekerja membersihkan rumah hoarders mendedahkan beberapa foto menggemparkan yang menunjukkan kediaman paling teruk pernah dikendalikan mereka.

Tamara Bender, 37, menggembara ke serata Amerika Syarikat bersama suaminya dan satu pasukan pembersihan dengan satu misi yakni membersihkan rumah mereka yang dipenuhi sampah sarap.

Menurut Tamara yang selalu memastikan rumahnya berada dalam keadaan bersih berkata, penemuan 19 bangkai kucing di bawah timbunan sampah di kediaman terbabit merupakan kes hoarders paling buruk pernah ditemuinya.

“Kediaman terbabit mempunyai lima lagi bangsal dan satu rumah bergerak yang turut dipenuhi dengan sampah sarap sehingga mencecah siling,” kata ibu kepada tujuh orang anak itu.

Difahamkan, pemilik rumah yang bersepah terbabit memiliki lebih 60 ekor kucing lain.

“Dia (pemilik rumah) tidak langsung mengetahui tentang kewujudan bangkai-bangkai kucing terbabit di bawah timbunan sampah di rumahnya,” tambah Tamara.

Selepas berjaya membersihkan rumah tersebut, Tamara dan Jeremy telah menghantar kesemua kucing milik hoarder terbabit ke sebuah pusat perlindungan haiwan agar kebajikan mereka lebih terjaga.

Tamara dan suaminya juga dilaporkan telah mengambil seekor daripada kucing-kucing berkenaan untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Semenjak 17 tahun yang lalu, Tamara dan suaminya yang berasal dari Columbus, Ohio telah memulakan perkhidmatan membersihkan rumah hoarders di serata Amerika.

“Kami memulakan karier ini selepas seorang ahli keluarga menghidap masalah ini,” katanya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan masalah kebersihan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca