Jualan Buku Terbesar Di Dunia Big Bad Wolf Kembali Lagi

Jualan buku BIG BAD WOLF kembali lagi bulan ini dengan menawarkan lebih banyak naskhah buku untuk penggemar buku di negara ini. Pesta ini terkenal sebagai jualan buku terbesar di dunia.

Jualan buku 24 jam ini akan dijalankan selama 11 hari, bermula 7 hingga 17 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan. Masuk adalah percuma.

Terdapat lebih daripada 4.5 juta naskhah buku dengan potongan harga 75% – 95% dari harga runcit. Big Bad Wolf menawarkan pelbagai jenis genre buku seperti fiksyen, bukan fiksyen, kesusasteraan, kesusasteraan kanak-kanak, masakan, kembara, motivasi dan pelbagai lagi.

Novel-novel terbaik daripada Lejen Press akan turut dijual di Big Bad Wolf.

Jadi apa lagi jom kita sama-sama borong buku di Big Bad Wolf.

Artikel Lain Untuk Di Baca