Wanita yang dikenali sebagai Indira Astarisa, 37 tahun ini telah membuat iklan untuk menjual rumahnya di Malang, Indonesia. Beliau juga mengatakan bahawa dia sudi untuk berkahwin dengan lelaki yang akan membeli rumahnya itu.
“Saya merancang untuk menjual rumah, tetapi sekiranya ada pembeli yang sesuai, saya tidak kisah untuk berkahwin dengannya. Sudah 15 tahun saya menjanda dan saya juga mempunyai seorang anak lelaki,” katanya.
Indira membesarkan anaknya dengan menjadi model sambilan dan berniaga pakaian dan makanan sejak dia bercerai dengan suaminya.
“Saya mahu menjual rumah ini kerana mahu dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaan serta membayar yuran pengajian anak saya,” jelasnya.
Sejak iklan itu dibuat, dia telah mendapat banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang rumahnya termasuk pembeli dari luar negara.
“Ramai yang menghubungi saya termasuk seorang lelaki dari Singapura yang bertanyakan mengenai rumah ini dan juga tentang diri saya,” jelasnya.
Di samping itu, ada seorang pembeli yang menawarkan harga sebanyak Rp1.6 bilion (RM47,2111) untuk membeli rumah itu tetapi dia masih belum memberi jawapan terhadapnya.