Jual Organ Anak Untuk Beli Minuman Keras, Ini 5 Kes Penjualan Organ Badan Yang Tidak Munasabah

Kita sering dengar kisah-kisah pemerdagangan organ manusia secara haram di pasaran gelap. Kanak-kanak diculik dan diambil organ mereka hidup-hidup atau mereka yang dibunuh dan dijual organ dek kerana gagal membayar hutang-piutang mereka. Namun, lain pula kisah kali ini apabila tuan badan sendiri yang rela menjual organ badan demi mendapatkan sesuatu yang tidak masuk akal.

Di sini kami senaraikan lima kes orang yang sanggup menjual organ badan sendiri dengan alasan yang tidak munasabah.

1) Jual buah pinggang untuk membeli iPad dan iPhone

Wang yang merupakan seorang lelaki remaja dari Hunan Tengah, China telah menjual sebelah ginjalnya dengan harga serendah RM13,273 demi membeli iPad dan iPhone. Perbuatannya terbongkar apabila ibunya curiga setelah anaknya itu mempunyai gajet yang baharu secara tiba-tiba.

Lelaki yang berumur 17 tahun itu hampir meninggal dunia ketika pembedahan haram itu dijalankan. Wang terpedaya dengan tawaran seorang lelaki yang dikenali sebagai Dia Wei di internet. Dia Wei menawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk organ badan yang masih muda seperti Wang.

Akhirnya, Wang secara rela menjual salah satu ginjal tanpa pengetahuan keluarganya.

2. Wanita Sepanyol menjual separuh organ untuk membayar sewa rumah

Wanita dari Sepanyol yang tidak didedahkan identitinya ini tidak hanya menjual sebelah buah pinggangnya, wanita ini juga turut menjual salah satu paru-paru, mata dan sebahagian hati akibat tidak mampu membayar sewa rumah.

Wanita ini boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun mengikut undang-undang Sepanyol. Sewa rumah yang cuma berjumlah RM574, wanita ini sanggup kehilangan organ badan yang sangat berharga demi meneruskan hidup.

3. Menjual organ untuk menanggung kos pembiayaan kedai tas tangan di New York

Sekumpulan Yahudi Ortodoks dicekup termasuk jaringan antarabangsa yang memperdagangkan organ badan manusia. Mereka membeli stok organ ini dari Israel yang bernilai RM28,507 per organ dan menjual di Amerikat Syarikat dengan harga yang lebih tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit.

Ley Izhak Rosenbaum yang merupakan ketua kumpulan ini adalah seorang lelaki yang berketerampilan segak dan mempunyai senyuman yang menawan namun sepucuk pistol sentiasa tersisip kemas di pinggangnya.

Ley mendakwa dia menjual organ-organ tersebut untuk menanggung pembiayaan kedai tas tangan yang dimilikinya di New York.

4. Rahim dijual demi membayar yuran kuliah

Marje Khan, gadis Inggeris yang berumur 28 tahun ini hampir dihambat penyakit kemurungan dek tidak mampu membayar yuran universitinya.

Dia bertindak ekstrem dengan menjual rahimnya. Malah dia mengiklankan penjualan rahimnya itu di internet. Dia menawarkan rahimnya itu dengan harga RM213,353.

5. Organ badan anak dijual demi sebotol arak

Seorang lelaki yang tidak diketahui namanya ini tekad membunuh anak lelakinya sendiri dan menjual organ badan anaknya untuk membeli minuman keras. Polis yang sedia maklum akan hal ini langsung menangkap lelaki dari Zimbabwe itu dan dihukum hukuman mati.

Mungkin kelihatan kejam dan pentingkan diri sendiri. Namun, Malaysia sendiri mempunyai beribu kes sebegini. Bukan mereka yang dipaksa organnya dijual tetapi demi menanggung kos perubatan ibu ayah yang sangat tinggi, boleh membuatkan seseorang itu hilang kewarasan berfikir hanya untuk melihat mereka yang tersayang kekal sihat walafiat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca