Jual Minyak Wangi Bau Kentang, Sempena Sambutan Hari Kekasih

Bersempena dengan sambutan Hari Kekasih, Suruhanjaya Kentang Idaho (IPC) di Amerika Syarikat mengeluarkan minyak wangi kentang edisi terhad seiring dengan meraikan tanaman utama negeri itu.

Kentang Idaho telah terkenal sejak sekian lama dan pihak mereka tercetus membuat idea yang unik untuk menghasilkan wangian sebegitu.

IPC berkata, wangian dinamakan Frites by Idaho itu diperbuat daripada kentang-kentang yang sudah disuling dan mengandungi minyak pati. Ia direka untuk berbau seperti sepinggan kentang goreng yang segar. 

Untuk mencipta minyak wangi itu, mereka menggunakan kentang merah suling Idaho yang juga merupakan jenis kentang terbaik untuk kentang goreng sebenar.

“Sama ada anda pandu lalu atau makan di restoran, hampir mustahil untuk tidak memesan kentang goreng sebelum menikmati hidangan lain. Baunya terlalu harum untuk ditolak,’’ kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IPC, Jamey Higham dalam satu kenyataan akhbar.

“Minyak wangi ini adalah hadiah yang hebat untuk sesiapa yang menggemari kentang goreng,’’katanya.

Menurut suruhanjaya tersebut, minyak wangi yang berharga AS$1.89 (RM7.92) itu habis dijual dengan cepat di laman web IPC. 

Sumber: Techeblog

Sebelum ini pihaknya juga sering mencipta idea baharu yang unik seperti hotel kentang dan trak kentang bagi mempromosikan lagi hasil jualan tanaman kentang mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca