Jual Kereta Pakej Sekali Dengan Tuan, Gadis Ini Cari Pembeli Serius

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang gadis Indonesia telah memuat naik satu iklan berkenaan kereta yang ingin dia jual. Namun begitu, iklan tersebut mendapat perhatian warganet apabila kereta itu dijual pakej bersama dengan dirinya sendiri.

Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Chaecha telah memuat naik iklan itu pada 26 Mei lepas. Menerusi posting di laman Facebook itu, dia menawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin membeli kereta itu.

“Jualan kereta bersama pemiliknya. Minat boleh ‘inbox’ 082114524443,” coretnya dalam iklan berkenaan.

Pada masa yang sama, dia juga menegaskan bahawa dia benar-benar serius dengan iklan tersebut.

“Serius! Saya ingin menjual kereta ini dengan diri saya sendiri.”

“Harga kereta ini di pasaran sekitar Rp115 juta (RM33,745). Tapi yang ini saya jual harga on the road. Ya, sekitar Rp260 juta (RM76,294). Tapi, berserta pemandunya sekali,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca