Jual Kentut Dalam Balang, Wanita Ini Untung RM200 Ribu Seminggu

jual-kentut-dalam-balang-wanita-ini-untung-rm-200-ribu-seminggu

Memetik laporan akhbar Metro UK, seorang bekas bintang realiti televisyen mampu menjana pendapatan sampingan yang menguntungkan dengan hanya menjual kentut yang dikumpul di dalam balang.

Selebriti yang membintangi rancangan 90 Days Fiance, Stephanie Matto, memperolehi hampir AS$50,000 (RM213,016) dalam masa seminggu menerusi jualan kentutnya sendiri.

Difahamkan, kentutnya itu dimasukkan ke dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.

Sumber: OH BULAN

Wanita terbabit menjual produknya dengan harga AS$1,000 (RM4,237) sebalang dan menyasarkan sejumlah 260,000 pengikutnya sebagai pelanggan malah turut membuat 50 peratus baru-baru ini sebagai promosi.

Rancangan realiti televisyen yang memaparkan sama ada dua pasangan akan berkahwin atau tidak setelah tiga bulan menghabiskan waktu bersama membuatkan Matto mula dikenali ramai.

Namun begitu, populariti yang diterimanya berjaya meraih perhatian peminat untuk membeli balang kentutnya meskipun tidak mendapat pasangan dalam rancangan tersebut.

Menurut perkongsian daripada Matto, dia memakan banyak protein, yogurt, telur rebus dan kacang untuk menghasilkan kentutnya.

“Saya mendapat permintaan beberapa tahun lalu untuk menjual coli, seluar dalam, rambut dan air mandian.

“Bagi saya, menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza,” jelasnya.

Setakat ini, sejumlah 97 buah balang telah berjaya dijual.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca