Jual Emas, Ini 6 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia

Mesin layan diri merupakan mesin automatik yang menyediakan barangan seperti minuman, makanan, permainan dan bermacam-macam lagi. Kini, mesin layan diri mengikut peredaran semasa kerana tidak menghadkan penjualan makanan dan minuman sahaja malah terdapat banyak lagi barangan yang pelik dijual menerusi mesin ini.

Berikut kami kongsikan enam mesin layan diri paling pelik di dunia:

1. Emas

Mesin layan diri ini terletak di negara yang cukup sinonim dengan gelaran jutawan iaitu Dubai. Pengguna boleh membeli emas dalam bentuk wang dan ketulan emas dengan seberat 10 gram. Mesin ini juga boleh memeriksa nilai emas di pasaran dunia selang 10 minit.

2. Kumbang badak

Mengumpul serangga merupakan antara hobi yang popular di Jepun. Kumbang badak mendapat permintaan ramai daripada pengumpul serangga. Serangga ini sering dijumpai di Jepun dan menjadi kegunaan dalam pembelajaran sains alam sekitar.

3. Alat ganti basikal

Mesin ini terletak di Manhattan, New York. Jadi, usah risau jika anda seorang penunggang basikal dan mengalami kerosakan kerana mesin layan diri yang menyediakan alat ganti basikal ada untuk membantu. Mesin ini juga menyediakan makanan untuk menghilangkan bosan ketika menunggu basikal dibaiki.

4. Pisang

Jika di Malaysia, pisang biasanya boleh dibeli di gerai-gerai tepi jalan. Tetapi, di negara Jepun dan Korea Selatan, anda boleh membeli pisang di mesin layan diri.

5. Ketam

Mesin layan diri pertama kali diperkenalkan di Hangzhou. Mesin ini menjual ketam hidup dan diletakkan di dalam mesin yang bersuhu antara 5-10°C untuk memastikan ketam tersebut sentiasa segar.

6. Buku

Hanya perlu membayar sejumlah wang, anda boleh dapatkan buku yang anda ingin di mesin layan diri ini. Selepas tamat tempoh pinjaman, anda perlu memulangkan semula buku ke alamat yang diberikan. Mesin layan diri ini sebenarnya berkonsepkan pinjam-sewa.

Dengan adanya mesin layan diri ini, ia pastinya memudahkan urusan jual beli. Seharusnya, dengan kewujudannya yang banyak membantu dan memudahkan kita mendapatkan barang keperluan, kemudahan mesin ini perlu diperluaskan lagi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca