Jual Dadah Dalam Botol Perasa Vape, 5 Individu Ditahan Polis

Polis menahan lima individu yang terlibat dengan kegiatan sindiket menjual dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk botol perasa rokok eletronik atau vape.

Kegiatan sindiket itu berjaya dibongkar pihak polis semasa melakukan tiga serbuan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Sumber: My TV ONLINE

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai pada pukul 6.40 petang, pihaknya berhasil menahan lelaki berusia 23 tahun yang disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di kondominium Jalan Kuching.

Selepas soal siasat terhadap lelaki terbabit, pihak polis memperolehi maklumat lokasi memproses dadah dan melakukan serbuan kedua di sebuah rumah yang berada di Petaling Jaya, Selangor.

Serbuan tersebut, pihak polis menahan dua lelaki dan seorang remaja perempuan yang berusia antara 14 hingga 28 tahun.

Menurut Beh Eng Lai lagi, remaja perempuan yang terlibat dalam sindiket dadah ini dipercayai adalah teman wanita salah seorang suspek lelaki berusia 25 tahun.

Serbuan terakhir adalah di kondominium kawasan Jalan Cemur yang membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun.

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Tangkapan berjaya dilakukan selepas pihak polis mendapat maklumat daripada semua suspek yang ditahan.

Pihak polis berhasil rampas 4,210 mililiter (ML) dadah sintetik jenis MDMA dan air ketum sebanyak 7,000 ML yang dianggarkan berjumlah RM210,570.

Siasatan kes masih diteruskan dan semua suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca