Jual Aiskrim Bentuk Wajah Lelaki Terkaya Di Dunia, Trak Aiskrim Ini Tarik Perhatian Warga New York

Sebuah trak bergerak menjual aiskrim Eat the Rich yang memaparkan wajah lelaki terkaya di dunia. Aiskrim ini telah dijual di beberapa lokasi seperti New York City, Santa Monica dan California.

Sumber: CBS NEWS

Setiap jenis perisanya dinamakan sempena nama lima bilionair iaitu Elon Musk, Mark Zuckerberg (pengasas Facebook), Jeff Bezos (Pengerusi Eksekutif Amazon), Bill Gates (pengasas Microsoft) dan Jack Ma (pengasas syarikat Alibaba).

Antara namanya disebut sebagai Munch Musk, Suck Zuck, Snack on Jack, Gobble Gates dan Bite Bezos.

Aiskrim itu dijual pada harga AS$10 (RM44) dan ia dikatakan agak mahal walaupun mengambil kira kos sara hidup di bandar tersebut.

Menurut jurujual trak aiskrim itu, Munch Musk telah menjadi aiskrim terlaris. Manakala aiskrim ini terbukti popular kerana habis dijual pada hari Selasa lepas di New York.

Walaupun produk ini terjual dengan baik, MSCHF akan menghentikan projeknya pada hari Rabu dan tidak ada rancangan untuk mengembangkannya.

Trak aiskrim itu akan bergerak dari Brooklyn ke Manhattan dan akan turut singgah di Los Angeles.

Untuk hari terakhir penjualan pula, MSCHF akan membuka trak aiskrim terebut di New York City, Washington Square Park dan Hollywood Boulevard di Los Angeles dari 11 pagi hingga 6 petang.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca