JPJ Tidak Akan Ambil Tindakan Jika Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh Semasa PKP

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid memberitahu tiada tindakan yang akan diambil kepada lebih dua juta rakyat Malaysia yang mempunyai masalah lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh semasa PKP.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac lalu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan menurutnya. Untuk makluman, sejak 18 Mac dan 14 Jun lalu sejumlah 2,119,653 cukai jalan dan 2,184,508 lesen memandu masih belum diperbaharui.

Namun, JPJ tidak akan mengambil tindakan kerana mereka (pemandu dan pemilik kenderaan) dikecualikan daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan di bawah tempoh PKP.

Pengecualian bagi mereka yang cukai jalan dan lesen memandu telah berakhir diberikan selagi pemulihan PKP berkuat kuasa sehingga 31 Ogos.

Walau bagaimanapun, pemandu yang terlibat mesti mempunyai insurans yang sah semasa berada di jalan raya. Pada masa yang sama, JPJ turut menggesa orang ramai untuk memperbaharuinya kerana penguatkuasaan akan disambung semula sejurus PKPP tamat pada tempoh tersebut.

Beliau menambah bahawa terdapat 855 kaunter JPJ di seluruh negara yang dibuka tujuh hari seminggu untuk membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka.

Bagi keselamatan orang ramai, ia juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui mySikap dan akan dihantar ke rumah pengguna oleh Pos Malaysia mulai 1 Julai. JPJ juga akan terus mengambil tindakan terhadap kesalahan lalu lintas lain semasa pelaksanaan PKPP ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan JPJ, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca