JPJ Melaka Buat Lelongan Kereta Serendah RM450 Pada 15 Ogos Ini

Lelongan kereta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali lagi.

Sekiranya anda sedang mencari sebuah kenderaan dan ingin mencuba nasib dalam acara lelongan, mungkin ini acara yang boleh anda turut serta untuk mendapatkan kenderaan dengan harga berbaloi.

Pada kali ini harga yang ditawarkan jauh lebih rendah dan pelbagai koleksi kereta untuk dilelong juga bertambah. Lelongan yang akan berlangsung di JPJ Bukit Katil, Melaka ini bakal memperlihatkan sebanyak 87 kenderaan bakal dilelong kepada pemilik yang baru.

Menurut laporan Berita Harian, kesemua kereta ini telah dirampas oleh JPJ Melaka yang terdiri daripada 84 kereta, dua van serta sebuah lori yang akan mula dilelong bermula jam 9.30 pagi di mana acara ini bakal berlangsung sepanjang hari.

Antara model yang menjadi rebutan serta tumpuan orang ramai sudah pastinya Mini Cooper keluaran tahun 2005 di mana orang ramai mampu membida dengan harga permulaan serendah RM4,500 manakala Proton Saga keluaran 1998 dengan harga lelongan terendah bernilai RM450.

Selain itu, terdapat juga beberapa model lain seperti Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz dan Toyota Wish sedia untuk dilelong. Difahamkan berdasarkan jumlah kesemua kenderaan yang dilelong, 79 model ini terdiri daripada kereta klon manakala enam model lagi gagal untuk didaftar.

Untuk pengetahuan, kesemua kenderaan ini bakal ditayangkan kepada umum pada 8 dan 9 Ogos ini bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang. Mereka yang berminat berpeluang mendapatkan dokumen lelongan sebelum 13 Ogos.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca