Jonathan The Giant Tortoise: Haiwan Darat Tertua Di Dunia

Jonathan the giant tortoise

Lahir pada sekitar tahun 1832, Jonathan, kura-kura yang berusia 189 pada tahun 2021 ini merupakan haiwan darat tertua di dunia.

Kura-kura gergasi Seychelles ini telah melalui dua perang dunia, Revolusi Rusia, dan 40 orang presiden Amerika Syarikat sepanjang hidupnya sehingga kini.

Tahukah anda, Jonathan the Giant Tortoise ini hidup sebelum wujudnya mentol lampu lagi! Mentol lampu pijar dicipta pada tahun 1878. 

Malah, pencakar langit pertama di dunia (1885) juga muda beberapa puluh tahun dari kura-kura ini. 

Jonathan yang berasal dari Lautan Hindi, telah menetap di sebuah pulau terpencil di Saint Helena, Laut Atlantik Selatan sejak 1882.

Ketika Jonathan tiba di pulau itu, ia sudah pun menjadi seekor kura-kura dewasa dan berumur dalam anggaran 50 tahun.

Sejak itu, ia tinggal di Plantation House yang merupakan rumah rasmi bagi gabenor di situ bersama tiga ekor kura-kura lain yang bernama David, Emma dan Fred.

Jonathan (Kiri) Bersama David | Sumber: the dodo

Menurut Teeny Lucy, ketua pengerusi bagi Persatuan Menolong Haiwan (SPCA) yang juga merupakan salah seorang penjaga utama Jonathan berkata mereka melawat rumah agam itu pada setiap minggu bersama sayuran segar.

Lucy berkata Jonathan merupakan icon di situ dan ia bagaikan seorang datuk yang telah melihat pelbagai generasi datang dan pergi.

Haiwan darat tertua ini dikatakan buta sepenuhnya akibat katarak, tetapi Jonathan masih boleh bergerak bebas dengan baik.

“Sebagai haiwan darat tertua di dunia, ia mempunyai status hampir setaraf diraja di sini,” ujar Lucy.

Oleh kerana popularitinya, potret Jonathan juga telah diabadikan pada duit syiling Saint Helena yang bernilai 5 pence (0.29 sen).

Sumber: Daniel’s COIN ZOO

Namun, beberapa tahun lepas, dia telah mengalami beberapa masalah kesihatan. Didapati, paruhnya menjadi lembut dan rapuh.

Walau bagaimanapun, mereka berjaya pulihkan kesihatannya kepada sedia kala dengan merubah diet pemakanannya. 

“Dia berinteraksi dalam cara yang sangat mesra, asalkan orang sekeliling bergerak secara perlahan. Kami sangat sayangkannya.” kata Lucy lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca