Sedapnya kalau dapat merasa angin pantai pada cuti hujung minggu anda. Tetapi di mana tempat terdekat untuk warga Kuala Lumpur singgah menikmati semua ini? Kalau anda nak bercuti tetapi dalam masa yang sama nak berjimat duit minyak kerana tidak mahu travel terlalu jauh, apa kata kalau anda makan angin di Pantai Bagan Lalang. Bermacam aktiviti yang boleh dirancang sekiranya anda ke sana bersama keluarga.
Pantai Bagan Lalang ini turut meriah dengan aktiviti seperti permainan layang-layang, taman permainan, berbbq, bermain bola tampar dan bola sepak pantai. Sekiranya, anak-anak anda teringin untuk bermain layang-layang, di sana terdapat juga pelbagai jenis layang-layang yang berwarna-warni dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Ia pasti akan menambahkan lagi keseronokkan anak-anak anda.
Selain menikmati pemandangan dan berseronok di kawasan pantai, anda juga boleh melawat deretan kedai yang ada di sepanjang pantai. Selain itu, terdapat pelbagai jenis jualan lain seperti kasut, pakaian, layang-layang dan bermacam lagi.
Apabila sudah melakukan bermacam aktiviti, mesti anda berasa laparkan? Perut lapar anda tidak akan menangis kalau berada di Pantai Bagan Lalang. Hal ini kerana, tersangatlah mudah untuk anda jumpa restoran-restoran yang menarik yang pasti dapat memuaskan deria rasa anda.
Kalau anda nak tahu, makanan-makanan laut yang dihidangkan di restoran sekitar kawasan Pantai Bagan Lalang ini bukan sahaja murah, tetapi jauh lebih segar daripada biasa kerana pengusaha restoran di sana mendapat bekalan daripada nelayan di pantai yang terdekat. Kesegarannya cukup terasa dan apa yang anda teringin nak makan, semuanya ada di sana.
Selain itu, apa yang lebih menarik di Pantai Bagan Lalang adalah anda boleh berkhemah di tepian pantai sambil menanti saat matahari terbit dan kapal terbang berlepas dari lapangan terbang KLIA dan KLIA 2 yang terletak berdekatan dari pantai tersebut.
Siapa kata kena ada bajet besar untuk bercuti? Terbukti yang Pantai Bagan Lalang bukan sahaja sebuah destinasi yang murah untuk dilawati, malah anda tidak perlu membazirkan duit minyak yang banyak.
Sumber: Tempat Menarik