Jolok Tekak Demi Kurus, Wanita Ini Akhirnya Tertelan Tiub Sepanjang 30 Sentimeter

Baru-baru ini, sebuah trend telah tular di negara China di mana sebuah komuniti yang diwakili para wanita muda berbincang perkara paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Salah satu tips paling hangat diperkatakan adalah dengan memasukkan satu tiub plastik panjang ke dalam esofagus untuk meransang muntah.

Difahamkan, seorang wanita berusia 22 tahun yang identitinya tidak didedahkan memilih untuk menggunakan cara tersebut. Namun begitu, perkara buruk menimpanya apabila tiub plastik yang dijolok dengan sengaja akhirnya tersekat di bahagian kerongkong.

Wanita terbabit pergi berjumpa doktor pada 3 Disember lalu dan mengadu tertelan sesuatu objek. Walau bagaimanapun, dia tidak berterus-terang dan menipu dengan mengatakan dia tertelan sebatang penyedut minuman.

Dek kerana objek berkenaan berada terlalu dalam, doktor yang merawat wanita itu segera menjalankan ujian x-ray pada esofagus pesakit tersebut.

Hasil ujian mendapati, objek asing yang ditelan wanita berkenaan bukanlah sebatang penyedut minuman seperti yang didakwa dan wanita terbabit tiada pilihan lain selain terpaksa menceritakan perihal sebenar.

Menurutnya, tiub plastik berukuran 1.9 sentimeter lebar dan 30 sentimeter panjang itu dibelinya dalam talian. Tambahnya lagi dia sudah menggunakan alat itu untuk meransang muntahnya sebagai cara untuk menguruskan badan.

Menerusi paparan x-ray, bahagian bawah tiub terbabit sudah termasuk ke dalam perut wanita berkenaan sekaligus telah menekan dinding perut. Manakala bahagian atas tiub pula kini berada dekat dengan kotak suara.

Tiub berkenaan dilaporkan sudah berjaya dikeluarkan. Namun begitu, wanita berkenaan mempunyai beberapa ulser di dinding perut dan esofagusnya.

Menurut doktor berkenaan, kejadian tersebut merupakan insiden pertama yang pernah berlaku di negara itu. Beliau juga sempat berpesan kepada orang ramai mengenai bahana menjolok tiub plastik ke dalam ruang esofagus ekoran ia mampu menyebabkan beberapa komplikasi seperti masalah saraf dan kesukaran mengawal anggota badan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca