Johnny Depp tetap akan dibayar penuh untuk filem Fantastic Beasts 3, walaupun diminta untuk mengundurkan diri dari francais Warner Bros baru-baru ini.
Pelakon itu mengesahkan dalam satu kenyataannya minggu lalu bahawa dia tidak akan lagi membintangi filem Fantastic Beast yang akan datang setelah diminta berundur oleh Warner Bros sendiri. Keputusan itu dimaklumkan sejurus susulan kes tuntutan fitnah pelakon itu terhadap The Sun, yang menggelarnya ‘wife beater‘.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, Warner mahu membiarkan proses berjalan sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan bintang itu yang dipertaruhkan dalam francais. Setelah Hakim Andrew Nicol memutuskan bahawa Depp didapati bersalah, Warner memilih untuk menyusun semula peranan yang mana kurang dari pertengahan francais.
“Warner Bros akan terus berusaha untuk membayar gaji penuh kepada Depp, walaupun dia hanya melakonkan satu babak semenjak produksi bermula pada 20 September di London. Seperti bintang A-list yang lain, Depp mempunyai kontrak bayar-atau-main (pay-or-play) yang mengharuskan dia mendapat pampasan sepenuhnya sama ada filem itu dibuat atau tidak dan bahkan jika dibuat semula.”

Difahamkan, seperti bintang-bintang pelakon lain yang setarafnya, tidak ada sebarang klausa moral dalam kontrak Depp meskipun jika dipinda dengan ansuran baru. Hal ini secara teknikalnya, Depp tidak dipecat oleh Warner Bros malahan diminta untuk mengundurkan diri. Sekiranya pelakon itu menolak, perkara ini dilihatkan sebagai tidak jelas pengakhirannya.
“Johnny Depp akan meninggalkan francais Fantastic Beasts. Kami mengucapkan terima kasih kepada Johnny untuk kerjanya dalam filem-filem ini. Fantastic Beasts 3 kini dalam pengeluaran dan peranan Gellert Grindelwald akan dilakukan semula. Filem ini akan dilancarkan di pawagam di seluruh dunia pada musim panas 2022,” maklum Warner Bros dalam satu kenyataannya pada 6 November lalu.

Filem Fantastic Beasts 3 digambarkan sebagai three hander, dengan Depp, Jude Law dan Eddie Redmayne berkongsi masa skrin yang sama. Meskipun begitu, Depp merupakan pelakon bayaran tertinggi antara mereka dengan gaji sebanyak lapan angka susulan terkenal dengan filem pecah panggungnya, Pirates of the Caribbean.
Dijangkakan filem tersebut bakal ditayangkan di seluruh dunia pada 15 Julai 2022.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: