Bintang Hollywood Johnny Depp akan memegang watak sebagai Raja Perancis dalam filem pertamanya selepas kes bersama Amber Heard telah selesai.
Filem Jeanne du Barry adalah filem romantik berlatarkan zaman sejarah dengan gundik diraja.
🎬FIRST official image of Johnny Depp as King Louis XV in the upcoming french movie: Jeanne Du Barry
— Sienna (@winonasrider) August 10, 2022
WhyNotProduction and France Télévisions are producing while WildBunchInternational and Le Pacte will distribute.
In theatre in 2023 + exclusive release on Netflix France in 2024. pic.twitter.com/WT1EhxSlAs
Johnny Depp akan membawa watak King Louis XV dalam filem tersebut.

Filem ini merupakan filem pertama Johnny Depp selepas tiga tahun berikutan kes perbicaraan fitnah terhadap bekas isterinya.
Menurut laporan dari Variety, Filem Jeanne Du Barry memulakan penggambaran pada penghujung bulan Julai di Paris dan wilayah Île-de-France.
Istana Versailles dijadikan sebagai set latar belakang filem itu.

Pelakon lain yang juga akan membintangi filem ini adalah Benjamin Lavernhe, Pierre Richard, Melvil Poupaud, Noémie Lvovsky dan Pascal Greggory.
Maïwenn iaitu pelakon serta penulis lakon layar filem tersebut turut akan berlakon dalam filem ini.

Filem ini mengisahkan Jeanne, seorang wanita muda dari kelas pekerja yang menggunakan kecerdasan dan daya tarikannya untuk menaikkan taraf hierarki sosialnya.
Jeanne berjumpa dengan King Louis XV dan telah jatuh cinta tanpa menyedari status Jeanne hanyalah dari kelas wanita bawahan bukan golongan bangsawan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: