Johnny Depp Difitnah Mendera Isteri, Kakak Depp Buka Cerita Zaman Silam Keluarga

Johnny Depp bertindak untuk saman Amber Heard kerana menipu dan saksi pertama, kakak Depp menceritakan semula tentang zaman kanak-kanak mereka yang sering didera oleh ibu mereka.

Perbicaraan bermula pada hari Isnin di Mahkamah Fairfax County Circuit di Virginia. Beberapa selebriti juga akan hadir sebagai saksi untuk membuat keterangan.

Pembukaan perbicaraan secara langsung ini telah dikongsikan di YouTube dan sudahpun menjadi topik utama di sosial media setelah semua mendengar sendiri kenyataan yang diberikan dari kedua-dua belah pihak.

Kakak Depp, Christi Dembrowski merupakan saksi pertama untuk memberi keterangan pada hari itu.

Sumber: YouTube Law&Crime Network

Dembrowski menerangkan bahawa Ibu bapa mereka mempunya personaliti yang berbeza. Bapa mereka ialah seorang lelaki yang baik dan sangat penyayang manakala ibunya pula adalah sebaliknya, seorang yang pemarah dan garang.

Terangnya lagi, ibu mereka, Betty sering melepaskan kemarahan dengan memukul dan menengking bapa mereka. Walaupun didera, bapa mereka tidak pernah lawan semula malah membiarkan Betty melepaskan kemarahannya dan hanya menuruti kemahuan Betty.

Apabila Betty berkelakuan sebegitu, mereka akan berlari dan sembunyi. Mereka dan adik-beradik lain juga tidak terlepas dari didera atau dipukul oleh Betty dan dari pemerhatian Dembrowski, Depp tidak pernah lawan semula ibunya. Mereka termasuk Depp juga telah membuat keputusan untuk tidak akan bertindak sama seperti ibunya.

Untuk hubungan Depp dan Heard, Dembrowski dapat merasakan Heard tidak membahagiakan Depp dalam perkahwinan mereka. Heard pernah memberi reaksi negatif apabila Depp mendapat tawaran untuk bekerja dengan satu jenama besar, Dior. Heard mempersoalkannya dan mengatakan Depp hanyalah lelaki tua yang berisi (old fat man).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca