Joe Jonas Dan Sophie Turner Sambut Kelahiran Anak Pertama

Pelakon terkenal antarabangsa, Sophie Turner selamat melahirkan anak pertamanya bersama dengan penyanyi tersohor, Joe Jonas. Sophie yang popular menerusi drama bersiri Games of Thrones itu mengumumkan kelahirannya pada Selasa. Berita gembira ini juga telah dikongsikan oleh Republic Records.

Pasangan itu sangat tenang menyambut kelahiran sulung anak mereka. Namun begitu, mereka memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Sumber: Instagram Sophie Turner

Memetik laporan media antarabangsa, pasangan tersebut telah selamat menyambut kelahiran bayi perempuan itu di Hospital Los Angeles. Mereka telah menamakan permata hati mereka itu dengan nama Willa.

Untuk rekod, Sophie dan Joe telah berkenalan sejak tahun 2016. Pasangan dua merpati sejoli ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat selepas selesai menghadiri Billboard Music Awards 2019. Apa yang menariknya, cincin gula-gula berwarna merah dan hijau digunakan oleh mereka bagi memeterai upacara sebagai suami dan isteri.

Sumber: Instagram Sophie Turner

Sebelum ini, Sophie pernah berkongsi tentang sesuatu yang berlaku sebelum dia menamatkan zaman bujangnya bersama dengan Joe. Menerusi temu bual bersama The Sunday Times, pelakon berusia 24 tahun itu bercerita tentang situasi yang mencemaskan di mana dia sebenarnya memutuskan hubungan dengan Joe sehari sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, perpisahan itu tidak lama kerana mereka sedar bahawa tindakan yang diambil itu adalah salah. Pada masa yang sama, mereka juga saling mencintai antara satu sama lain.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Joe dan Sophie atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Untuk baca artikel-artikel lain tentang dunia hiburan Hollywood, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca