Jiran Naik Angin, Dakwa Pekerja Warga Asing Cuba Lari Dari PKPD

jiran-naik-angin-dakwa-pekerja-warga-asing-cuba-lari-dari-pkpd

Terbaru, 3 lokaliti di daerah Petaling turut dikenakan arahan PKPD termasuklah kediaman Mentari Court bermula hari ini.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan aksi penghuni apartment tersebut, dipercayai pekerja kilang cuba melarikan diri dari kawasan berkenaan.

Jiran-jiran mula naik angin sejurus melihat kumpulan pekerja terbabit mengangkat beg baju besar. Bukan itu sahaja, mereka turut menasihati untuk terus berada di kediaman masing-masing serta mengikuti arahan PKPD seperti yang dilaksanakan warga lain.

Dalam kejadian itu, pada awalnya suasana menjadi kecoh kerana cubaan melarikan diri itu dipercayai atas desakan pihak kilang sendiri.

Dilaporkan bahawa semua staf diminta untuk kekal berada di asrama yang terletak di Mentari Court atas arahan pihak pengurusan kilang.

@hanafiroslan

1 -14 Julai akn dilaksanakan PKPD di Aprt Mentari Court, tp pekerja kilang yg tgl di aprt nak lari atas arahan Majikan #kilang #fyp

♬ original sound – Hanafi Roslan – Hanafi Roslan
Sumber: TikTok (hanafiroslan)

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti untuk memindahkan pekerja kilang tersebut, memetik laporan daripada portal Berita Harian.

“Sebelum perlaksanaan PKPD, mana-mana individu bebas bergerak dalam radius 10 kilometer untuk bekerja, membeli barang keperluan atau mempunyai urusan penting berkaitan kecemasan.

“Bagaimanapun, selepas perlaksanaan PKPD bermula 12.01 tengah malam tadi, tiada pergerakan keluar dari kawasan ini dibenarkan,” katanya selepas meninjau pelaksanaan penguatkuasaan di Mentari Court, pagi tadi.

Sumber: Youtube (Berita Harian Online)

Beliau memaklumkan kemungkinan terdapat isu timbul salah faham apabila ada pekerja warga asing yang didakwa melarikan diri seperti dakwaan tular di media sosial.

Namun begitu, tiada kes sedemikian yang beraku kerana mereka bebas keluar dan masuk sebelum perlaksanaan PKPD. Di peringkat awal pihak KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan proses rekod butiran terhadap semua 17,000 penghuni. Hal ini bagi mengelakkan sebarang pergerakan keluar dan masuk tanpa kebenaran semasa PKPD dilaksanakan,” jelas beliau.

Bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, penguatkuasaan pergerakan keluar dan masuk tanpa kebenaran akan dilakukan secara menyeluruh.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca