“Jika Mereka Mahu Saya Pergi Sekarang, Saya Pergi Sekarang.” – Tun Dr. Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu media pada hari ini bahawa beliau sedia untuk melepaskan jawatannya sekiranya diminta oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk berbuat demikian.

Dr. Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan daripada beberapa pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr. Mahathir, sebarang perkara berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai oleh pemimpin daripada empat parti komponen iaitu PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 pada hari ini.

Mengulas mengenai rombakan kabinet, Dr. Mahathir berkata perkara tersebut harus mendapat persetujuan parti komponen dalam PH, termasuklah rakan sekutu mereka Parti Warisan Sabah.

Untuk baca artikel lain berkenaan Tun Dr. Mahathir, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca