Semakin menjadi-jadi perbuatan jijik dan tidak bertamadun dengan mempermainkan makanan di tempat awam.
Sebelum ini, tular video kelakuan remaja lelaki yang memicit roti di Family Mart. Minggu lepas, kes seorang wanita pula yang bertindak menjilat aiskrim mencuri tumpuan.
Terbaharu ini, video berkenaan seorang lelaki pula tular di Twitter apabila dia berkumur dengan produk penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Listerine sebelum meludahnya kembali ke dalam botol tersebut di sebuah pasaraya besar.
you bitches with no oral hygiene could take a hint pic.twitter.com/IaMOC1caid
— Bam ✨ (@bleedingbam) July 3, 2019
Ramai warganet yang menonton video tersebut tidak bersetuju dengan tindakan lelaki yang menggunakan nama Bameron Nicole Smith di laman Twitter.
Smith menerima banyak kecaman termasuk komen yang bersifat transgender atau LGBT dan beberapa komen yang berbaur politik.
this argument makes no sense becauee everyone called me tra*** or fa**** before i ever had an online presence, knew i was trans or transitioned, they hated us before they just want a reason to justify their hate, i would assume its a similar situation with poc. dont act brand new https://t.co/Az75XSZdwr
— Bam ✨ (@bleedingbam) July 4, 2019
Juru cakap pasaraya Walmart memberitahu DailyMail.com mereka sedang menyiasat kejadian itu.
“Kami akan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk mengenal pasti dan mendakwa suspek atas kelakuannya mengikut undang-undang,” katanya.
Malah, terdapat seorang pengguna Twitter lain turut mengharapkan Smith dikenakan tindakan sepertimana kes wanita yang menjilat aiskrim minggu lepas.
I LOOKED IN THE CELL NEXT TO ME AND ITS THE ICE CREAM GIRL 😭😭😭 https://t.co/GyzPRcEf7w
— Bam ✨ (@bleedingbam) July 4, 2019
Ada juga komen warganet yang mengatakan, “Generasi macam ini nak sangat jadi penjenayah tapi bodoh sebab rakam sendiri aktiviti jenayah mereka.”
Harapnya, perlakuan sebegini tidak dijadikan ‘challenge’ di Malaysia. Berfikirlah sewarasnya sebelum membuat jenayah semata-mata mahu tular di media sosial.