Jho Low Dikatakan Menukar Wajahnya Menjadi Beruang, Itu Adalah Antara Alasan Kenapa Dia Sukar Dijejaki

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi tmepat persembunyian Jho Low termasuk pihak mereka sukar menangkap lelaki berkenaan kerana telah menukar wajahnya menjadi beruang melalui pembedahan plastik.

“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Jho Low didakwa mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan iaitu Henley & Partner yang dipercayai bertujuan untuk mengelak pergerakannya berjaya dikesan oleh pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Abdul Hamid bagaimanapun memberitahu pada Mei lalu bahawa pihak polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang gagal dikesan sejak 2015.

Dakwaan terbaharu ini muncul hanya beberapa hari setelah tersebar berita tentang laporan bahawa Jho Low ditawarkan suaka di Emiriah Arab bersatu (UAE) dan dikatakan kerap berulang alik di antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu.

Biarpun begitu, Abdul Hamid mendakwa perkara itu tidak logik dan mustahil memandangkan Jho Low dikehendaki di beberapa negara.

Abdul Hamid juga memaklumkan pihaknya akan membawa balik Jho Low yang terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) telah disalahgunakan daripada 1MDB.

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca