Jerung Bermata Satu, Ini 5 Jenis Haiwan Yang Berwajah Pelik

Terdapat terlalu banyak spesis haiwan di dunia. Manusia cuma tahu haiwan yang biasa dilihat seperti kucing, harimau dan spesis yang terkenal. Kucing, anjing, arnab, ikan dan burung menjadi haiwan peliharaan manusia.

Terdapat spesis haiwan yang mempunyai rupa yang pelik dan jarang dilihat oleh manusia. Berikut merupakan haiwan yang mempunyai wajah yang pelik.

1. Tikus mondok berhidung bintang

Tikus mondok ini dikenali sebagai ‘Star nosed mole’. Tikus ini mempunyai hidung yang pelik menyerupai bintang. Walaupun hidung yang pelik, ia mempunyai 25 ribu deria bau sensitif yang membantu pergerakannya.

2. Ketam kelapa

Ketam ini adalah ketam darat yang bersaiz besar dan mampu memanjat pokok. Ketam ini kerap dilihat memanjat pokok kelapa dan menjadikan buah kelapa sebagai makanan. Penyepitnya mampu untuk menebuk tempurung kelapa.

3. Ikan jerung goblin

Nama ikan ini diambil dari legenda goblin, makhluk yang nakal dan hodoh. Ikan ini mengeluarkan rahang apabila ingin menyerang mangsa. Ia hidup di laut yang dalam kerana tidak suka cahaya matahari.

4. Ulat bulu Lobster Moth

Ulat bulu ini menyerupai udang karang dan kupu-kupu. Ulat bulu ini terdapat di Britain, Eropah dan Asia.

5. Ikan jerung bermata satu

Ikan jerung albino ini dijumpai di pantai Baja California Sur, Mexico. Ikan ini jarang ditemui dan tidak membahayakan manusia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca