Jersi Away Pahang Musim 2019 Tampilkan Kelainan, Umbro Kongsikan Di Laman Facebook Rasmi

Pahang yang sinonim dengan warna jersi kuning-biru hari ini telah mengadakan majlis pelancaran untuk memperkenalkan jersi baharu mereka bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia 2019. Kali ini Pahang akan menyarung jersi keluaran Umbro.

Tinjauan kami di media sosial Pahang FA mendapati rata-rata peminat cukup tertarik dan teruja dengan rekaan jersi tempat lawan (away) yang dianggap menampilkan kelainan berbanding jersi Pahang pada musim-musim sebelum. Tidak sekadar menukar warna daripada kuning-biru kepada hitam-putih dengan corak belang menegak (stripes), jersi tempat lawan Pahang kali ini tampil ringkas namun tetap menawan hati.

Kemasan pada kedua-dua jersi Pahang kali ini juga tidak sekadar tangkap muat atau sekadar ada.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1089432850468749317

Laman Facebook rasmi Umbro turut memuat naik gambar jersi Pahang dengan menyebut, “There’s only one Pahang FA.”

Pahang pada musim 2019 ini kekal dengan beberapa nama besar yang turut bersama pada musim lalu. Antaranya ialah Azam Azih, Mat Yo, Matthew Davies, Sumareh dan Safuwan Baharudin di samping turut diperkuatkan dengan tenaga import baharu iaitu Dickson Nwakaeme (Nigeria), Ze Love (Brazil), Saddil Ramdani (Indonesia) dan Herold Goulun (Perancis).

Tanpa rombakan besar-besaran dan kekal dengan 90% barisan pemain musim lepas, Pahang pastinya akan tampil lebih konsisten bagi mencabar JDT dan beberapa pencabar utama lain dalam perebutan kejuaraan-kejuaraan yang bakal dipertandingkan dalam Liga Malaysia 2019.

Hogoh Pahang Hogoh!

Artikel Lain Untuk Di Baca