Jepun Dijangka Akan Lanjutkan Tempoh Darurat Untuk Sebulan Lagi

Perdana Menteri Jepun iaitu Shinzo Abe mengumumkan persediaan untuk melanjutkan tempoh darurat akibat COVID-19 di negara itu untuk jangka masa sebulan lagi.

Abe dalam satu kenyataan berkata, keputusan akhir tentang lanjutan itu akan dibuat pada 4 Mei nanti.

“Saya akan membuat keputusan pada 4 Mei nanti selepas mempertimbangkan situasi di setiap wilayah, dan juga semua pendapat pakar berdasarkan analisis mendalam terhadap data terbaharu,” katanya dalam satu sidang media di Tokyo.

Negara matahari terbit itu telah mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula pada 7 April lalu di Tokyo dan enam kawasan lain, serta meminta penduduk agar kekal di rumah.

Langkah itu kemudiannya diperluaskan ke seluruh negara. Permintaan untuk penutupan sektor perniagaan yang tidak penting juga dikeluarkan di Tokyo dan beberapa wilayah yang lain.

Kementerian Kesihatan Jepun memaklumkan bahawa negara itu telah merekodkan 14,281 kes COVID-19 dengan 432 kematian.

Untuk baca artikel lain berkaitan COVID-19 di Jepun, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca