Jennie Blackpink Idola K-Pop Pertama Debut Dalam Drama Bersiri Amerika

Dengan kemunculan beliau dalam trailer The Idol, Jennie Blackpink mengukir sejarah menjadi idola K-Pop pertama yang debut dalam drama bersiri HBO.

Baru-baru ini, para peminat yang menghadiri konsert The Weeknd yang diadakan pada Sabtu lalu menjadi antara yang terawal dapat menonton video trailer untuk siri HBO The Idol.

Memetik laporan TV Line, drama bersiri ini mengikuti kisah seorang penyanyi pop wanita yang menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang pemilik kelab yang penuh misteri di Los Angeles, Amerika Syarikat. Lelaki itu pula rupa-rupanya merupakan seorang ketua ajaran sesat rahsia.

Sekiranya menonton trailer berkenaan, seorang gadis yang dipercayai merupakan ahli Blackpink itu turut muncul dalam video tersebut dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Sumber: Twitter Pop Base

Walaupun hanya membuat kemunculan pendek sahaja dalam video itu, penampilan Jennie yang memakai baju crop top hijau dengan rambut panjangnya telah menjadi bualan ramai.

Para peminat amat teruja untuk menantikan kemunculan pertama Jennie sebagai aktres. Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan penyanyi Solo itu akan membawa watak gadis biseksual dalam drama arahan Sam Levinson itu.

Walau bagaimanapun, para peminat dilihat sangat teruja dengan penyertaan Jennie dalam drama bersiri itu tanpa mengambil kira watak apa yang dimainkannya.

Selain Jennie, drama yang berlatarbelakangkan industri muzik ini turut dibintangi pelbagai selebriti ternama antarabangsa seperti The Weeknd, Lily-Rose Depp dan Troye Sivan. Anda boleh tonton trailer di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca