Jenazah Kanak-Kanak Ini Hidup Semula Ketika Dimandikan

Seluruh penduduk Kampung Lumbang di Jawa Timur, Indonesia digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak perempuan yang hidup kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh pihak hospital sendiri.

Menurut laporan media Indonesia, kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikenali sebagai Siti Masfufah Wardah itu disahkan meninggal dunia di Hospital Dr. Moh Saleh Kota Probolinggo pada jam enam petang Isnin lalu akibat menghidapi penyakit kencing manis tahap kronik.

Sebaik sahaja menerima berita sedih itu, keluarga kanak-kanak tersebut dikatakan membawa pulang jenazah sekitar jam tujuh malam dari hospital berkenaan.

Walau bagaimanapun, semasa jenazah sedang dimandikan, matanya dilaporkan terbuka dan berkedip beberapa kali.

Dia dikatakan hidup kembali sebelum diangkat masuk semula ke dalam rumah oleh keluarganya.

Keluarganya kemudian bertindak menghubungi petugas perubatan Pusat Kesihatan Lumbang untuk mendapatkan bantuan memandangkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Lumbang Probolinggo, Muhammad Dugel mengatakan bahawa tekanan darah mangsa berada pada paras 60 dan keadaannya sangat lemah. Keadaan ini sekali gus membuatkan denyut jantungnya tidak dapat dikesan alat perubatan.

Sumber: MBS News

Sejam kemudian, pihak petugas perubatan memaklumkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan pada hari yang sama di kawasan perkuburan awam di kawasan itu.

Untuk rekod, sebelum disahkan meninggal dunia buat pertama kali, kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana sering mengalami kesakitan dan kekejangan di seluruh badan. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor yang bertugas memberitahu bahawa kanak-kanak itu mengalami kencing manis kronik.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca