Jenazah Disimpan Di Hospital Akibat Waris Tidak Mampu Menyewa Van Jenazah

Jenazah seorang pesakit COVID-19 bukan Islam yang masih disimpan di rumah mayat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah dibantu oleh Persatuan Amal Sabah semalam akibat waris mendiang wanita berusia 56 tahun itu tidak mampu menyewa van jenazah berbayar untuk berikutan kos pengangkutan yang tinggi untuk pesakit COVID-19.

Pengasasnya, Masrul Guding, berkata pihaknya dihubungi unit forensik HQE memohon bantuan untuk menghantar jenazah terbabit menggunakan perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu ke Kudat dengan anggaran jarak kira-kira 150 kilometer.

Sumber: Van Jenazah Percuma – Persatuan Amal Sabah

“Kami difahamkan jenazah terbabit sepatutnya dibawa untuk dikebumikan dua hari lalu tetapi warisnya tidak mampu menyewa van jenazah yang mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 kerana bayaran membawa jenazah COVID-19 lebih tinggi berbanding jenazah biasa. Malah, keranda untuk jenazah juga diuruskan oleh pihak forensik kerana warisnya memang betul-betul susah,” katanya kepada Harian Metro.

Masrul turut memahami keadaan waris jenazah apabila pihaknya terus menghulurkan bantuan segera sehingga proses pengebumian mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) selesai. Ini juga merupakan jenazah bukan Islam positif yang pertama dikendalikan mereka sejak mengendalikan jenazah COVID-19 bermula awal bulan ini.

Sumber: Van Jenazah Percuma – Persatuan Amal Sabah

“Dua kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu, Soffian Jais dan Herwan Adris telah ditugaskan menghantar jenazah tersebut ke Kudat yang memakan masa kira-kira tiga jam perjalanan sebelum kembali semula ke Kota Kinabalu,” jelas Masrul.

Difahamkan, walaupun masih ada kebimbangan tersebarnya jangkitan COVID-19 kepada mereka, namun mereka tetap melaksanakan tugas membantu melaksanakan fardu kifayah termasuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan dan membantu proses pengebumian. Pematuhan SOP turut diikuti seperti penggunaan pakaian perlindungan diri (PPE).

“Perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu yang ditubuhkan pada September lalu sudah mengendalikan lima kes jenazah COVID-19 termasuk menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah. Manakala, bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, van jenazah kami akan disanitasi pihak hospital setiap kali selesai menghantar jenazah yang positif,” ujar Masrul.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca