Jenazah Dilaporkan Hilang, Kubur Pesakit COVID-19 Di Indonesia Ini Digali Semula

Pada 30 Mei lalu, jenazah seorang pesakit COVID-19 hilang dari tanah perkuburannya. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Indonesia. Jenazah dikatakan telah dikebumikan di tapak perkuburan Desa Tanjung Boleng, Mukim Komodo.

Setiausaha Harian Wilayah Kabupaten Manggarai Barat, Ismail Surdi menyatakan sehingga kini pihaknya masih belum mendapat sebarang informasi tentang siapa yang bertanggungjawab menggali kubur tersebut.

Ismail turut memberitahu bahawa jenazah Pesakit Dalam Pengawasan (PDP) itu merupakan satu daripada empat jenazah pesakit COVID-19 yang telah dikebumikan di lokasi yang sama. Namun, tiga kubur yang lain dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Kami sedang menyiasat tentang bilakah dia diambil, siapa yang mengambil dan dimanakah lokasi jenazah sekarang. Nanti kami akan kongsikan perkembangannya,” katanya.

Sebelum ini, di Indonesia turut dilaporkan mengalami beberapa kes pengambilan jenazah pesakit COVID-19 secara paksa dari hospital.

Menurut Tribun News, beberapa hari lalu kira-kira 150 individu menyerbu masuk ke Hospital Stellamaris, Makassar dengan merempuh penghadang hospital. Mereka dikatakan telah dikatakan melarikan jenazah seorang pesakit pesakit COVID-19 dengan mengangkatnya menggunakan tandu sejauh 500 meter.

Mereka turut melanggar sekatan yang dibuat oleh pihak polis dan tentera di sana.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca