Jenama Kosmetik Ini Buktikan Amber Heard ‘Menipu’ Dalam Kes Saman Fitnah Johnny Depp

Baru-baru ini, nama Milani Cosmetics secara tidak langsung terpalit dalam perbicaraan kes saman Johnny Depp terhadap Amber Heard selepas aktres itu mendakwa terpaksa membawa kit terkenal keluaran jenama kosmetik tersebut iaitu All In One Correcting Kit ke mana sahaja untuk menutup kesan ‘lebam’.

Ben Rottenborn iaitu peguam yang mewakili Amber turut menunjukkan kit tersebut di mahkamah dan berkata concealer dan color correcting ini digunakan untuk menutup kesan penderaan fizikal serta mental pelakon Aquaman itu ketika bersama Johnny.

Ben berkata, “Inilah apa yang Amber gunakan. Anda akan mendengar testimoni daripada Amber tentang bagaimana beliau perlu campurkan beberapa tona warna ini untuk menutup lebam yang kelihatan.”

Jenama kosmetik itu kemudiannya berasa terpanggil untuk menjawab keterangan tersebut. Menerusi satu video di TikTok, pihak Milani Cosmetics berkata produk yang ‘digunakan’ oleh Amber itu dilancarkan di pasaran pada 2017 sedangkan aktres itu menuntut cerai daripada Johnny pada 2016.

Kapsyen video TikTok itu berbunyi, “Anda tanya kami dan biar kami tunjuk rekod bahawa All In One Correcting Kit ini dilancarkan pada 2017.”

Sumber: The Vocket

Video berkenaan turut menulis beberapa fakta kes penting seperti tuduhan Johnny memukul Amber bermula sejak tahun 2014 dan mereka bercerai pada tahun 2016 iaitu beberapa tahun sebelum kit tersebut dilancarkan kepada umum.

Apa-apa pun, video itu menerima reaksi positif daripada peminat setia aktor terkenal itu dan berkata informasi tersebut pastinya berguna untuk perbicaraan Johnny nanti.

Menerusi tinjauan kami di laman TikTok, rata-rata warganet dilihat memuji Milani Cosmetics yang berani tampil untuk membetulkan fakta.

“Kami cuma mahu sediakan fakta yang sebenar untuk kes ini,” tulis Milani di ruang komen. Kes ini sedang berlangsung di mana Johnny bertindak untuk menyaman Amber sebanyak $50 juta (RM216,250,000) untuk kenyataan dan tuduhan fitnah dalam satu temu bual dengan Washington Post pada 2018.

Anda boleh tonton video penuh Milani Cosmetics di bawah.

@milanicosmetics

You asked us… let the record show that our Correcting Kit launched in 2017!👀 #milanicosmetics

♬ International Super Spy – dylan

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Johnny Depp dan Amber Heard, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca