Jemaah Tabligh Di India Mengamuk Dan Lempar Makanan Kerana Bosan Dengan Menu Sewaktu Di Wad COVID-19

Insiden yang tidak diduga telah berlaku di India, apabila beberapa pesakit COVID-19 dalam kalangan ahli jemaah tabligh menimbulkan kekecohan di Hospital Kanpur Lala Lajpat Rai, baru-baru ini.

Memetik laporan India Today, dalam kejadian yang berlaku Sabtu lalu, petugas hospital berkenaan telah dihalau oleh 15 orang pesakit dalam kalangan tabligh.

Menurut Pentadbir Hospital, Dr. Arati Dave Lalchandani, mereka enggan makan menu yang dihidangkan dan memberi alasan kerana makanan itu bukan makanan non-vegetarian.

Gambar hanya sekadar hiasan

Rutin makanan mereka selalunya roti dan mentega untuk sarapan dan nasi, dhal, roti, sayur dan buah-buahan untuk makan tengah hari dan malam.

“Pada hari Sabtu, petugas wad telah ke wad isolasi COVID-19 di aras tiga untuk mengagihkan makanan kepada ahli tabligh. Mereka kemudian menolak hidangan itu dan meminta makanan bukan vegetarian.

Mereka meminta supaya menu diubah setiap hari kerana sudah bosan dengan makanan vegetarian,” katanya.

Apabila tidak dapat menu yang dihajatkan oleh mereka, sekumpulan tabligh itu bertindak dengan melempar makanan ke atas lantai.

Selain itu, mereka juga cuba mengancam petugas berkenaan dan mengejarnya. Namun, beliau sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Susulan insiden tersebut, anggota polis akan mengiringi petugas hospital setiap kali agihan makanan dibuat bagi mengelak sebarang masalah.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca