Jejantas Hubungkan Stesen LRT Abdullah Hukum Dan The Gardens Mall Kini Dibuka, Anda Boleh Ke Mid Valley Melalui LRT

Berita baik buat mereka yang menggunakan pengangkutan awam untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur! Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan pusat beli-belah yang terletak berdekatan Mid Valley Megamall itu dan stesen transit aliran ringan (LRT) Abdullah Hukum kini dibuka untuk kegunaan orang awam.

Untuk pengetahuan anda, jejantas terbabit baru sahaja dibuka setelah sekian lama kerana pembinaan asal jejantas berkenaan terpaksa ditangguhkan selepas ianya runtuh pada November 2016.

Disebabkan itu, ianya ditutup selepas kejadian berkenaan yang turut mengorbankan satu nyawa. Walaupun begitu, anda kini boleh menarik nafas lega kerana jejantas tersebut kini dibuka untuk kegunaan orang awam secara rasmi semalam (14 November).

Dalam pada itu, jejantas ini bukan sahaja bakal memudahkan mereka yang mahu membeli-belah di The Gardens Mall dan Mid Valley Megamall tetapi ia turut menghubungkan KL Eco City dan stesen LRT tersebut.

Berita baik ini diumumkan oleh KTM di laman Twitter mereka. Perkongsian tersebut menerima 3,900 ulang kicau dan 3,300 sukaan.

Sementara itu, perkongsian Rapid KL di laman Twitter mereka pula menerima 611 ulang kicau dan 705 sukaan.

Kini, anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk ke pusat membeli-belah seperti Mid Valley. Anda boleh kongsikan pendapat peribadi anda tentang jejantas pejalan kaki tersebut apabila anda menggunakannya kelak!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca