Satu post daripada akaun Twitter milik Gosip Liga M berkongsi kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan Asia Champion League 2019. Ia merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia mempunyai wakil ke kejohanan tertinggi Asia itu.
Hal ini berikutan kejayaan JDT yang muncul juara buat kali kelima berturut-turut dalam pertandingan unifi Liga Super Malaysia 2018. Asia Champion League merupakan pertandingan bola sepak kelab kontinental tahunan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan ia mula diperkenalkan pada tahun 2002.
Berita kejayaan pasukan JDT yang melayakkan diri ke Asia Champion League mengundang pelbagai respon dari pihak netizen.

Netizen turut memberikan komen yang positif dan tidak kurang juga yang melontarkan komen negatif.
Penulis, turut berasa bangga atas kejayaan JDT yang akan bertanding di Asia Campion League pada tahun hadapan. Moga kejayaan ini dapat mengharumkan nama Malaysia.
Tahniah JDT!