Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Untuk Kaji Semula Larangan Tarian Mak Yong

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri, Md Anizam Abdul Rahman, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan di Kelantan untuk mengkaji sama ada tarian Mak Yong mengikut syariah yang ditetapkan berikutan seruan menarik balik larangannya.

“Bermula daripada perkara ini, kerajaan negeri akan memutuskan sama ada untuk membenarkan pihak penganjur meneruskan rancangan mereka untuk mempersembahkan tarian Mak Yong di khalayak ramai. Buat masa ini, tidak ada sebarang pertunjukan tarian Mak Yong dibenarkan di negeri ini.”, katanya kepada akhbar New Straits Times selepas mesyuarat exco negeri di Kota Baru, Kelantan.

Seorang pelapor khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Karima Bennoune telah menggesa kerajan negeri Kelantan untuk menarik balik larangan terhadap tarian Mak Yong, wayang kulit dan bentuk seni Melayu yang lain semalam.

“Sekiranya kesenian ini dibiarkan mati, rakyat Malaysia terutamanya orang Kelantan akan kehilangan sebahagian daripada budaya mereka.” katanya lagi.

Larangan ke atas tarian Mak Yong ini dikodkan pada tahun 1998 dengan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Kawalan Hiburan di mana ia melarang persembahan traditional seperti Menora, wayang kulit dan Puteri Islam dengan alasan tidak mematuhi syariah Islam.

Kesenian Melayu perlulah dihargai kerana ia merupakan sesuatu yang bernilai bagi rakyat Malaysia terutama orang Melayu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca