Jatuh Ketika Ambil Swafoto Di Puncak Gunung, Lelaki Ini Hembuskan Nafas Terakhir

Seorang pendaki warganegara Portugal jatuh dari puncak Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 19 Ogos lalu.

Memetik laporan Kompas, Ketua Pusat Peranginan Taman Negara Gunung Rinjani menerima laporan itu kira-kira jam 5.30 petang tentang seorang lelaki warganegara asing jatuh dari puncak gunung itu pada Jumaat lalu.

Pada masa itu, mangsa dilaporkan sedang mengambil swafoto di puncak Gunung Rinjani. Mendiang kemudiannya terjatuh sejauh 150 meter dari cerun barat laut atau menghadap Tasik Segara Anak.

Gunung Rinjani. Sumber: Unsplash

Selepas menerima berita itu, pihak Balai Taman Negara Gunung Rinjani turut menghantar pasukan petugas Pencarian, Pertolongan dan Pemindahan untuk berkomunikasi dengan unit Mencari dan Menyelamat (SAR) dari Lombok Timur dan Mataram, pasukan Edelweis Medical Health Centre serta polis Lombok Timur.

Walau bagaimanapun, proses evakuasi mengalami banyak halangan ketika itu dan jasad mangsa hanya dapat diselamatkan beberapa hari selepas kejadian.

Sumber: Kompas

Pemandu pendakian Gunung Rinjani iaitu Anka Songket berkata, “Tempat mangsa jatuh itu agak sukar untuk dicapai.”

Pasukan evakuasi itu melakukan penilaian, menyiapkan peralatan dan turun untuk mengambil mangsa sejak 10.15 pagi Isnin lalu (22 Ogos).

Mangsa berjaya diambil dan dimasukkan ke dalam beg jenazah pada 2.22 petang. Pada 3.05 petang, pasukan pembawa jenazah turun ke Pelawangan Sembalun sebelum mendiang dipindahkan ke Pos Pemindahan di Sembalun.

Untuk pengetahuan anda, puncak Gunung Rinjani sebenarnya tidak selamat untuk bergambar terutamanya di bahagian barat yang menghadap tebing curam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca