Seorang pendaki yang mengikuti pengembaraan di Taman Negara Grand Canyon, Amerika Syarikat temui ajal akibat terjatuh dari ketinggian 60 meter.
Renjer taman negara tersebut bertindak balas terhadap laporan kejadian dan menemui mayat mangsa di bawah gaung pada hari Jumaat yang lalu.

Siasatan masih giat dijalankan oleh Perkhidmatan Taman Negara bersama dengan Pejabat Pemeriksa Perubatan Coconino County.
Menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS) mangsa merupakan seorang lelaki yang berumur 44 tahun dikatakan terkeluar dari trek laluan secara tidak sengaja membuatkan dia terjatuh dari pinggir barat Bright Angel Point Trail yang berada di North Rim, Taman Negara Grand Canyon.

Perkhidmatan Taman Negara juga telah mengarahkan pengunjung Taman Negara Grand Canyon untuk sentiasa mengikuti garis panduan keselamatan.
Antara arahan tersebut adalah setiap pelawat haruslah berada di posisi selamat dengan kekal di laluan yang ditetapkan dan sentiasa menjaga jarak dari pinggir curam sekurang-kurangnya 2 meter.
Selain itu, mereka juga menggalakkan pejalan kaki supaya tidak melompat, berlari atau melakukan aksi berbahaya berhampiran dengan curam.
Sebelum ini pada tahun 2019, seorang lelaki maut secara tragis di Taman Negara Grand Canyon kerana cuba swafoto di tepi gaung.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: