Dirompak Dan Dibunuh Ketika Solat, Suami Terkejut Temui Jasad Kaku Isteri Dalam Keadaan Masih Bertelekung

Seorang guru wanita yang berusia sekitar 30-an ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali pada tengah hari Selasa.

Dalam insiden yang berlaku di Kampung Banggol, Jeneri, Sik itu, mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh suaminya. Kejadian dikatakan berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Lebih memilukan, menurut Ketua Polis Daerah Sik iaitu Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, sewaktu ditemui, mayat mangsa masih memakai kain telekung.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa yang dikenali sebagai Fauziah Yup yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri itu dipercayai sedang menunaikan solat sebelum dibunuh.

Tambah Abdul Razak lagi, sebelum insiden berdarah itu berlaku iaitu sekitar jam 12 tengah hari, suami dan anak mangsa keluar meninggalkan wanita itu seorang diri di rumah.

Jelasnya, sekitar jam 1.30 petang, suami dan anak mangsa yang baru sahaja pulang ke rumah terkejut apabila mendapati mangsa berada dalam keadaan sedemikian rupa.

Pada mulanya, suami mangsa menyangkakan isteri kesayangannya itu sedang tidur. Walau bagaimanapun, setelah berulang kali cuba mengejutkan mangsa, suaminya mendapati wanita itu tidak memberikan apa-apa respons.

Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan barangan berselerak dipercayai akibat digeledah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca